Tuesday 8 January 2013

Strategi Promosi Affiliate Amazon


Saya ingin kongsikan beberapa strategi di dalam pemasaran affiliate Amazon.com

1. Maklumat Berkaitan
Strategi ini merupakan strategi paling utama di dalam strategi optimasi pemasaran anda sebagai seorang affiliate Amazon. Anda WAJIB menyediakan maklumat atau perkongsian yang berkaitan dengan kategori produk atau barangan yang anda promosikan sebagai seorang affiliate Amazon. 

Sebagai contoh, jika anda sedang mempromosikan produk-produk Apple seperti iPod, iPhone dan iPad di dalam laman web atau blog anda, sebahagian besar kandungan atau maklumat yang anda berikan di dalam laman web atau blog itu perlulah yang berkaitan dengan barangan Apple khususnya untuk iPod, iPhone dan iPad. 

Sekiranya anda berkongsi maklumat lain seperti mengenai kamera atau alatan memancing, maka sudah pasti pengunjung yang datang untuk melihat perkongsian anda itu tidak akan tertarik untuk membeli barangan Apple dari portal Amazon seperti apa yang anda paparkan itu.



2. Promosi Diskaun
Sebahagian besar daripada kita memang menyukai peluang untuk mendapat diskaun dalam apa jua pembelian yang kita lakukan. Perkara ini juga sama untuk para pengunjung yang mengunjungi laman web atau blog kita. Oleh itu, cuba usahakan supaya anda boleh mempromosikan kategori barangan atau barangan khas dari portal Amazon yang sedang mempunyai sale atau tawaran diskaun. Jika tawaran diskaun menarik, sudah pasti ia akan meningkatkan kemungkinan para pengunjung akan membeli melalui promosi sebagai affiliate Amazon anda itu.


Contoh Diskaun Yang Ada Di Laman Web Amazon


3. Promosi Review
Salah satu lagi strategi yang baik untuk mempromosikan barangan daripada portal Amazon adalah dengan memberikan testimonial-testimonial baik mengenai produk yang sedang anda promosikan. Testimonial atau review ini boleh anda ambil dari portal Amazon sendiri atau daripada laman-laman web lain yang bersesuaian. 

Sekiranya para pengunjung ke laman web atau blog anda membaca review positif tersebut, maka akan tergeraklah hati mereka untuk terus membeli barangan melalui iklan promosi Amazon yang telah anda sediakan itu.



4. Promosi Bermusim
Strategi terakhir yang saya ingin kongsikan di sini adalah strategi promosi bermusim. Sebagai contoh, baru-baru ini kita baru saja melalui cuti perayaan Hari Krismas. Kategori barangan yang paling popular sebelum perayaan Krismas ini adalah kategori permainan atau toys di portal Amazon. 

Oleh itu, anda boleh mengambil peluang keemasan ini untuk mempromosikan kategori barangan atau jenis barangan yang berkaitan semasa cuti perayaan lain yang bakal menjelang. Terdapat pelbagai jenis perayaan di luar negara berdasarkan negara masing-masing. Oleh itu, terdapat peluang besar untuk anda mempromosikan barangan dari portal Amazon sebagai seorang affiliate menurut perayaan-perayaan yang bakal menjelang.

Itulah sedikit perkongsian mengenai peluang penjanaan wang sebagai seorang affiliate portal Amazon dan cara melakukan optimasi untuk laman web affiliate Amazon anda. Saya berharap yang anda akan meluangkan masa untuk mengkaji dengan lebih mendalam peluang ini. 

Mungkin anda akan mampu menjana komisen yang besar sebagai salah seorang affiliate portal Amazon selepas ini.




Untuk tips, teknik dan strategi yang lebih terperinci, langkah demi langkah untuk anda berjaya di dalam pemasaran Affiliate Amazon saya cadangkan anda tempah pakej tutorial ini sekarang!!

Tutorial ini telah membantu ramai orang berjaya dengan menjadi affiliate di Amazon. Kini, peluangnya hadir di depan anda.

Salam kejayaan,

Hisyam Khfif

Tuesday 1 May 2012

Tahniah Pekerja Rendah Swasta!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah yang Maha Kaya kerana memberi nikmat bangun tidur, makanan hari ini, udara yang segar dan keluarga serta jiran yang baik. Semua ini pemberian Allah yang tidak terhingga kepada umatnya tanpa berkira sedikit pun kepada hambaNya. Mudah-mudahan segala nikmat ini berkekalan hingga akhir hayat kita.Amin.

Baiklah, saya rasa sudah lama tidak menulis di blog ini. Memang terasa rindu sangat. Apakan daya, kerja yang terlalu banyak, dan aktiviti yang padat memang mencemburui masa saya untuk menulis blog. Apa pun, hari ini Hari Pekerja dan saya tanpa sebarang aktiviti meluangkan sedikit masa untuk menulisnya.

Ok. Bermula malam tadi, Perdana Menteri ada menyatakan tentang pelarasan gaji bagi mereka pekerja swasta seluruh negeri. Alhamdulillah. Ianya mendapat sambutan hangat apabila masing-masing diantara mereka menyatakan rasa terharu terhadap tindakan Perdana Menteri yang dianggap hero. Apa yang dikatakan hero ialah apabila salah seorang pekerja kilang elektronik yang mendedahkan bahawa mereka diketepikan hak membuat persatuan dengan gaji yang tidak setimpal. Cuma RM450 sebulan sahaja. Saya memang sedia maklum kerana ini adalah lumrah antara majikan dengan pekerja. Saya bukan bercakap kosong kerana saya punya pengalaman membuat kajian tentang pekerja di sebuah daerah selama 6 bulan di jabatan kerajaan.

Rata-rata diantara mereka yang bergaji rendah adalah dikalangan bangsa melayu yang bekerja sebagai operator di kilang. Mereka dikerah untuk bekerja dengan harga 1 jam, RM2 ke bawah. Bayangkan mereka perlu menyara anak yang masih kecil, bilangan anak pula ada yang mencecah 2 anak sehinggakan ibu bapa terpaksa keluar pagi mencari rezeki dan balik malam semula untuk berehat. Keesokan pagi pergi semula kerja. Jika sejenis barang mendapat permintaan banyak @ jika kilang perlu menutup operasi sehingga 5 hari bekerja, maka dikerah mereka bekerja sehingga malam dengan kadar elaun kerja lebih masa tidak setimpal. Keadaan ini agak menyusahkan pekerja rendah di sektor swasta.

Ekonomi negara sentiasa terkesan dengan ekonomi global yang tidak menentu. Walaupun pakar-pakar dari luar negara mengatakan negara kita sentiasa konsisten dan berdaya maju di antara kalangan negara-negara ASEAN, kita perlu keluar dari zon selesa kerana masa tidak pernah terhenti disini. Negara kita punya wawasan yang tinggi dan kita perlu sama-sama mencapainya. Itulah Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu.

Berbalik semula dengan isu malam tadi. Pihak kerajaan telah menetapkan 1 penanda aras @ kayu pengukur untuk pihak syarikat membuat 1 transformasi pembahagian keuntungan kepada pekerjanya yang bersama-sama memajukan syarikat. Perkara ini telah lama dibincangkan dan sudah diketahui umum. Semestinya pihak syarikat perlu bersedia dan akur. Gaji baru mula dikuatkuasa sepenuhnya kepada syarikat professional seperti klinik-klinik swasta, firma-firma guaman adalah pada selepas 6 bulan diwartakan. Bagi syarikat selain professional seperti syarikat PKS, penanda aras gaji minimum sektor swasta ini dikuatkuasakan hanya selepas 1 tahun ianya diwartakan. Pada hemat saya memang sangat ok. ;)

Akhir kata, bergembiralah kamu wahai rakan-rakanku sekalian yang bergaji rendah. Suara kamu telah didengari pihak berwajib dan akan dilaksanakan perlahan-lahan. Tunggu sahaja. Sila kamu semua tingkatkan prestasi bagi mengelakkan dibuang kerja oleh pihak syarikat yang MUNGKIN kurang senang dengan kerja yang tidak setimpal yang kamu buat. Sentiasalah berfikir tentang buruk baiknya sekali. Sampai jumpa lagi.  ;)



Hisyam

p/s : Hide your affiliate links from commission thieves! - http://bit.ly/hiddenLINK

Thursday 12 January 2012

Sunnah Rasullullah

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta seluruh alam..

Hari ini saya mula menulis blog semula selepas beberapa bulan tidak berbuat seperti ini. Hari ini saya ingin berkongsi satu video supaya kita mengambil pelajaran daripadanya. Moga-moga ianya bermanfaat kepada anda dan sekalian umat Muhammad, Rasul Allah kecintaan kita semua. InsyaAllah.
.
.


.
.

Hisyam

p/s : Hide your affiliate links from commission thieves! - http://bit.ly/hiddenLINK

Saturday 12 November 2011

Ukuran Jual Beli Emas

Assalamualaikum..

Hai.. hari ni saya nak kongsikan perkara penting berkenaan pelaburan emas. Mungkin anda anggap ianya tidak perlu, tetapi bagi saya, ia suatu keperluan memandangkan sekarang ini budaya membeli emas cukup kuat di kalangan penggemar emas, pelabur dan mata duitan.hehe.. Jangan marah ya..!!

Emas ini sebuah pepejal yang bersifat lebut sedikit dari pada besi. Merupakan salah satu unsur logam yang berasal daripada dalam perut bumi. Teringin peroleh emas, silalah gali perut bumi.hehe.. Sekarang pada saya, emas merata-rata tempat. Orang memilikinya dengan mudah sebab ada penjual. Soalan cepumas, si penjual dapatkan daripada siapa? Mestilah daripada si pembuat emas.



Sekarang ini kalau kita tengok, emas banya dikeluarkan dari kalangan bank-bank tempatan, dan bank-bank luar negara. Sebagai contoh negara yang mengeluarkan emas ialah, Afrika Selatan, Amerika, Australia, China, Rusia, Indonesia, Peru, Ghana, Uzbezkistan, dan Kanada. Kalau bank, jangan cakaplah.. Memang cukup banyak. Pilih sahaja bank mana, Public Gold, Kuwait Finance House, Maybank, dan banyak lagi. Belum cerita pasal produk masing-masing lagi. Jenuh nak terangkan..

Ok. Fokus kita semula kepada tajuk perbincangan, iaitu ukuran jual beli emas. Ramai yang jual beli emas sekarang ni macam pakai cara koboi (cow boy). Semberono tak tentu pasal. Akad tiada, main pos laju emas dari mana-mana kawasan, dengan alasan senior ajar cara berjual beli seperti yang mereka amalkan pada masa sekarang. Mereka tidak merujuk pada yang pakar bab-bab seperti wajib, harus, syarat sah dan sebagainya. Rujukan boleh dibuat oleh mereka yang pakar bab agama di dalam kemahiran kewangan Islam seperti UZAR sebagai contoh dan ikon pakar kewangan Islam. Para ulama juga tempat yang sangat dituntut untuk kita bertanya.

Dalam saya ber'jalan' diantara blog-blog, ternampaklah satu artikel menarik yang dikongsikan oleh rakan saya di blog epunyaan rakan saya juga. Berkenaan ukuran bagaimana urusan jual beli emas boleh dilakukan. Supaya ianya lebih sistematik, patuh syariah, serta mendapat keberkatan dan keredaanNya. Berikut adalah sebahagian maklumat mengenai ukuran jual beli emas:

"Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.


Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya."


Bagi membaca tentang keputusan Fatwa Kebangsaan, anda boleh ke SINI

Sekian, perkongsian sidikit saya pada malam ini. ;)


Hisyam

p.s: pelaburan silver dan pertukaran matawang pun melalui proses yang sama juga.
(info tambahan)

Saturday 24 September 2011

Jam Dunia

Hai,

Selamat pagi buat anda yang sedang membaca blog ini! Saya baru bangun tidur terus buka komputer riba. ;)

Pagi ini saya ingin kongsikan beberapa maklumat penting berkenaan jual beli. Ianya adalah suatu alat supaya kita tahu bila masa sesuai untuk berjual-beli di laman web terkemuka dunia. Alat ni percuma. Tetapi ia bukanlah suatu yang luar talian, yang anda boleh guna di papan pemuka skrin komputer anda. Tetapi ianya digunakan atas talian.

Saya perkenalkan jam dunia. Ianya percuma untuk diguna oleh ramai orang. Jadi untuk anda guna sebagai rujukan saya fikir tiada masalah. Misal kata, anda ingin berborak dengan rakan yang berada di negara Perancis, anda boleh guna alat ini untuk mengetahui masa di negera berkenaan. Bila masa negara berkenaan siang, bila masa negara berkenaan malam. Tetapi alat ini tidak boleh berfungsi untuk mengetahui sama ada rakan kita sedang sibuk atau tidak ;p

Ini adalah laman web berikut : htttp://www.worldtimebuddy.com. Anda boleh tanda laman web ini sebagai penanda buku atau boleh sahaja anda guna sebagai google apps. Saya gunakan alat ini sebagai google apps. Sangat mudah kalau ditanda sebagai penanda buku di pelayar internet. hanya sekali tekan sahaja. ;)

Caranya, anda harus ada pelayar web Google Chrome dahulu. Anda pergi ke http://chrome.google.com/webstore?hl=en-GB. Selepas itu, boleh cari di kotak carian atas di sebelah kanan. Mudah bukan?

Selamat Mencuba  =)

Hisyam